dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Pasoh 2, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Karnival Belia Masjid Felda Pasoh 2 Kali ke 4 (Pertandingan Mewarna Cintai Masjid Kita)

26 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2017, Sabtu telah berlangsung Karnival Belia Masjid Felda Pasoh 2 telah dianjurkan oleh Majlis Belia Felda (MBFM) Pasoh 2 bersama JKKK Masjid Al-Huda Pasoh Dua. Antara aktiviti yang terdapat di karnival ini ialah pelancaran “Kito Kompang Pasoh 2”, pertandingan futsal, pertandingan mewarna dan Ceramah perdana.

Bertempat di Masjid Al-Huda, Felda Pasoh 2 telah berlangsung pertandingan Mewarna “Cintai Masjid Kita”. Pertandingan mewarna ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori pertama adalah peringkat umur 4 hingga 7 tahun, kategori kedua peringkat umur 8 hingga 12 tahun dan kategori ketiga adalah untuk golongan istimewa untuk anak-anak istimewa daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pasoh. Pertandingan ini bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.