Program Bersama Tabika KEMAS : Kenali Nombor, Menari & Menyanyi serta Online Colouring
21 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2018, telah diadakan kelas ICT bersama adik-adik Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ICT bersama adik-adik tabika KEMAS bertujuan memberi pendedahan awal terhadap pembelajaran ICT dan memupuk minat adik-adik untuk belajar melalui ICT. Pembelajaran pertama adalah bertajuk “kenali Nombor 1 hingga 10.
Adik-adik belajar mengenali nombor dalam Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. Setelah itu, adik-adik diuji dengan kuiz online berkaitan nombor 1 hingga 10. Pembelajaran seterusnya, adik-adik akan belajar mengenai haiwan melalui video nyanyian dan tarian. Di samping itu, adik-adik turut belajar mengenali haiwan melalui online colouring bahagian jenis-jenis haiwan. Semoga adik-adik tabika KEMAS menjadi celik IT pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: