Pengenalan Ms.Publisher & D.I.Y Penanda Buku
6 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Pengenalan Microsoft Publisher dan Do it Yourself (D.I.Y) Penanda Buku bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Kelas ICT kali bersama peserta sekolah rendah iaitu tahun 3 dan tahun 4. Sebelum memulakan pembelajaran utama, peserta akan melakukan senaman minda untuk memberi kecergasan pada peserta sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Pembelajaran utama adalah mengenai Microsoft Publisher peserta diberi penerangan mengenai Microsoft Publisher dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan kalendar 2019 menggunakan Microsoft Publisher. Setiap kumpulan perlu bekerjasama untuk menyiapkan kalendar bulan Januari dan menghias kalendar tersebut. Kumpulan yang menghasilkan kalender paling cantik dan bekerjasama dengan baik dengan ahli kumpulan akan diberi hadiah.
Aktiviti sampingan kali ini, peserta menghasilkan penanda buku berdasarkan video toturial Youtube. Kesemua peserta berjaya menghasilkan penanda buku sendiri dengan mendapatkan idea daripada sumber internet. Perubahan yang amat positif untuk peserta tahun 3 dan tahun 4, mereka sudah menjadikan internet sebagai rujukan untuk sesi pembelajaran mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: