Puzzle Game And Typing Simple Word
18 February 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2019, telah diadakan Kelas ICT “Puzzle Game and Typing Simple Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada kali ini kelas ICT bersama peserta tahun 1. Pembelajaran kali ini peserta belajar mengenai Buahan-buahan.
Seperti biasa untuk adik-adik tahun 1 diadakan sesi menari dan menyanyi mengenai buah-buahan. pada kali ini peserta akan menggunakan google untuk mencari gambar buah-buahan dan memasukkan ke dalam Puzzle games dan peserta akan menyusun pecahan gambar tersebut. Seterusnya peserta belajar menaip simple word mengenai buah-buahan dan memasukkan gambar buah pilihan mereka ke dalam word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: