Advokasi Keselamatan Di Internet

6 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Februari 2021, telah diadakan sesi Taklimat Advokasi bertajuk “Advokasi Keselamatan di Internet” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 5:00 petang.

Taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada adik-adik mengenai maklumat berkaitan keselamatan di internet terutamanya apabila menggunakan sosial media. Selain itu, isu semasa seperti tularnya isu mengenai applikasi whatsapp link yang didakwa boleh mendedahkan maklumat pengguna bertujuan untuk membuatkan semua pengguna whatsapp menjadi "panic". berita ini dijadikan sebagai contoh yang lebih jelas dan mudah difahami oleh peserta. Taklimat ini melibatkan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah felda pasoh 2 . Selain memberikan penerangan berkaitan keselamatan di internet, sesi soal jawab juga diberikan untuk mengetahui tahap kefahaman peserta berkenaan topik Keselamatan di Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali