KDB Talk Panduan Keselamatan Melayari Internet
20 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2022, telah diadakan Taklimat Advokasi Pelajar Sekolah, bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi taklimat ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Taklimat advokasi kali ini adalah penerangan mengenai panduan keselamatan melayari Internet. Para peserta diberi penerangan mengenai panduan yang perlu diketahui bagi setiap individu untuk melayari Internet dengan selamat. Formula BIJAK perlu di aplikasikan agar tiada jenayah siber yang akan berlaku. Kita perlu berfikir sebelum berkongsi maklumat di Internet. Identiti dan maklumat diri tidak perlu di kongsi. Jangan sebarkan maklumat tanpa sumber yuang boleh dipercayai. Peserta turut di ingatkan untuk menyemak Portal Sebenarnya.my bertujuan untuk menyemak kesahihan sesuatu berita yang disebarkan menerusi pelbagai platform dalam talian seperti laman web, blog dan rangkaian media sosial yang lain. Portal Sebenarnya.my ini bertujuan untuk mengawal penyebaran berita palsu di kalangan orang awam di Malaysia. Oleh itu, Keselamatan di Internet harus di utamakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: