Microsoft Word Membuat Surat Rasmi
4 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 3 April 2022, telah diadakan Pembelajaran Membuat Surat Rasmi menggunakan Microsoft Word bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Pembelajaran kali ini bersama salah seorang komuniti Felda Pasoh 2. Beliau ingin membuat surat rasmi kepada pihak bank, staf PEDi memberi garis panduan membuat surat rasmi menggunakan format surat rasmi yang sebenar. Staf PEDi memberi tunjuk ajar cara menyusun paragraph yang sesuai untuk surat rasmi dan memilih tulisan yang bersesuaian dengan surat rasmi tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: