Advokasi Kawal Selia Kendiri

23 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2022, telah diadakan sesi Taklimat Advokasi bertajuk “Advokasi Kawal Selia Kendiri” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. Taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta mengenai Keupayaan untuk mengawal dan mengarah perasaan, pemikiran, dan tindakan sendiri semasa melayari alam siber. Di samping itu juga, peserta perlu tahu kepentingan mengawal Kendiri di alam siber supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara negetif seperti salah faham, mengalah gunaan undang-undang, kebebasan bersuara dan sebagainya. Peserta juga diingatkan untuk menjadi orang yang sejahtera emosi dan tingkah laku bagi mewujudkan suasana positif di alam siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali