Program Webinar Pemerkasaan Pengguna 2022

13 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Jun 2022, telah diadakan Program Webinar Pemerkasaan Pengguna 2022 anjuran FOMCA dengan kerjasama PEDi Felda Pasoh 2. Program ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna untuk berbelanja dengan bijak dan membuat pilihan yang bijak sebagai pengguna. Talk ini telah disampaikan oleh Puan Norashikin binti Aminudin,Wakil FOMCA. Antara topik yang disampaikan adalah penerangan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna, ciri-ciri pengguna yang lestari, kenali ciri utama “online scammer dan bantuan khidmat nasihat untuk pengguna. Di samping itu, Puan Norashikin turut memaparkan video-video mengenai kesederan hak pengguna dan situasi penipuan yang sering terjadi kepada pengguna. PEDi mengucapkan terima kasih kepada pihak FOMCA atas kerjasama dan semoga peserta mendapat menfaat daripada webinar ini dan menjadi pengguna yang bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali