Aplikasi Perbankan atas Talian

3 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Julai 2023, telah diadakan Pembelajaran Pengguna Aplikasi Perbankan atas Talian bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari 4.00 petang hingga 4.30 petang. Pembelajaran kali ini Bersama salah seorang komuniti Felda Pasoh 2 iaitu Puan Rafidah.

Staf PEDi telah memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi Perbankan RHB bank secara atas talian dan cara untuk membuat transaksi menggunakan RHBsecure. Di samping itu juga, staf memberi contoh melakukan transaksi melalui aplikasi lain seperti shopee bagi pemindahan wang dari RHB bank kepada akaun shopee dengan menggunakan RBHsecure.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali