Pendaftaran Microsoft Skill For Jobs

11 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Soft Skills - Magic Words & Aktiviti STEM” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 Petang hingga 5.00 petang. Pada sesi pertama, staf PEDi memberi penerangan mengenai magic words dan cara menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan menggalakan peserta menggunakan magic words dalam komunikasi harian mereka. Sesi kedua merupakan aktiviti STEM mengenai kestabilan objek.

Antara bahan yang digunakan adalah 4 cawan dan 3 batang aiskrim. Para peserta perlu memikirkan cara untuk meletakkan 1 cawan di atas 3 batang aiskrim daripada 3 tapak cawan yang disusun bentuk segi tiga mengikut jarak yang sama. Setelah peserta mencuba mencari jalan penyelesaian, staf PEDi menunjukkan cara yang betul dan menerangkan mengenai bagaimana kestabilan objek boleh dihasilkan daripada aktiviti STEM tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali