Kemaskini Dan Penghantaran Borang Bantuan Persekolahan Baitulmaal

2 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Kemaskini Dan Penghantaran Borang Bantuan Persekolahan Baitulmaal” bertempat di NaDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Staf NaDi membantu peserta untuk penghantaran borang bantuan persekolahan Baitulmaal secara atas talian. Sebelum penghantaran dibuat peserta perlu mengimbas semua dokumen yang diperlukan oleh sistem seperti dokumen pengenalan diri pemohon dan anak, sijil perkahwinan, slip gaji, borang pengesahan sekolah, borang pemastautin dan salinan bil elekrik. Setelah selesai mengimbas semua dokumen, peserta perlu log masuk ke dalam sistem Baitulmaal dan muat naik semua dokumen tersebut dan terus membuat penghantaran borang permohonan secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali