Majlis Perasmian NADI Sikamat dan Penyampaian Sijil Sukarelawan Miv Negeri Sembilan

9 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 08 2024, telah berlangsungnya Program Majlis Perasmian Nadi Sikamat Dan Penyampaian Sijil Sukarelawan Miv Negeri Sembilan bertempat di NADI Sikamat, Seremban. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.

Antara pengisian aktiviti adalah booth jualan usahawan NADI, booth KDB, Taklimat NADI, Sesi Life long Learning untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, majlis penyampaian Sijil MIV kepada Sukarelawan Negeri Sembilan bagi tahun 2024. NADI Felda Pasoh Pasoh 2 terlibat sebagai Sukarelawan ICT Negeri Sembilan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAb Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Setelah selesai sesi perasmian, telah diadakan sesi bergambar dan sesi lawatan ke booth usahawan NADI. Secara Rasminya NADI Sikamat telah beroperasi dan semoga bermanfaat kepada komuniti setempat.

Kembali Ke Atas

kembali