Program Jelajah Perkhidmatan Pintar & Literasi Digital NADI Jempol Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2

14 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 13 November 2024, telah berlangsungnya Program Jelajah Perkhidmatan Pintar & Literasi Digital Nadi Jempol Utara bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Program ini bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Antara pengisian aktiviti program adalah Taklimat Pengenalan NADI serta Perkhidmatan Pintar dan Taklimat Pembelajaran sepanjang hayat Maxis eKelas oleh Nuryatul binti Muhamad Nor NADI Felda Pasoh 2, serta Taklimat Safe & Shield oleh Umi Rafidah binti Puasa, Pengurus NADI Felda Pasoh 2. Selain daripada itu, terdapat juga sesi Pemeriksaan Kesihatan percuma, Pendaftaran my digital ID dan Permainan interaktif KDB. Terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2 atas kesudian bekerjasama menjayakan program NADI.

Kembali Ke Atas

kembali