Kelas Kesedaran Podcast ESukan Episod 3
16 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2024, telah diadakan Kelas Kesedaran Podcast Esukan Episod 3 Masa Depan e- Sukan dalam pendidikan bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sesi Kelas kesedaran ini adalah bertujuan memberi pendedahan mengenai masa Depan e-Sukan dalam pendidikan. Melalui pendedahan ini boleh membentuk minat dan membuka peluang pelajar untuk memilih pendidikan berdasarkan bidang yang pelajar minat. Selain daripada itu, pelajar juga boleh membuat pilihan dalam memilih bidang e-Sukan pada peringkat IPT pada masa hadapan.