Program Jelajah Perkhidmatan Pintar & Literasi Digital NADI Jempol Utara di Sekolah Kebangsaan Tengkek
20 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Disember 2024, telah berlangsungnya Program Jelajah Perkhidmatan Pintar & Literasi Digital Nadi Jempol Utara bertempat di Sekolah Kebangsaan Tengkek. Aktiviti bermula pada jam 7.40 pagi hingga 9.00 pagi.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat pengenalan Perkhidmatan Pintar di NADI, Taklimat Maxis eKelas, Taklimat S.A.F.E Internet Kod dan Permainan Kahoot. Terima kasih kepada warga SK Tengkek atas kerjasama bagi menjayakan program NADI.