Program Memperkasa Warga Emas “Keselamatan dan Kesedaran Internet” Peringkat Negeri Sembilan bagi Tahun 2024
15 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 November 2024, telah berlangsungnya Program Memperkasa Warga Emas “Keselamatan dan Kesedaran Internet” Peringkat Negeri Sembilan Bagi Tahun 2024 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Pilah. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan dan memperkasakan latihan kemahiran digital dikalangan golongan warga emas di samping meningkatkan kefahaman celik digital dalam menguasai integrasi teknologi maklumat seiring arus pendigitalan negara. Program ini juga merupakan pendekatan proaktif dalam menyampaikan inisiatif keselamatan siber dan juga memperkasa komuniti warga emas menerusi kesedaran penggunaan internet dengan selamat. Antara pengisian aktiviti program adalah Sesi Perkongsiaan Apa itu NADI dan Inisiatif NADI, Taklimat Keselamatan Siber- Jenis Penipuan Scammer, tatacara aduan Internet, tatakelola kualiti liputan, Sesi Permainan interaktif bersama Sukarelawan MIV dan pemeriksaan kesihatan percuma.