Sambutan Hari Profession Teknikal Negara(HPTN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024

29 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 November 2024, telah berlangsungnya Sambutan Hari Profession Teknikal Negara(HPTN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 bertempat di Majlis Pembandaran Seremban. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang.

Program ini adalah untuk mempromosi dan memberikan pendedahan mengenai pelbagai bidang dan kerjaya teknikal kepada pelajar-pelajar tingkatan 2 hingga 4 di sekolah terpilih di dalam Negeri Sembilan. Antara aktiviti yang diadakan Perkongsian Profession Teknikal untuk pelajar, Perkongsian perkhidmatan pintar NADI, Perkongsian keselamatan di Internet, Booth KDB dan permainan KDB dan pemeriksaan kesihatan percuma. Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kembali Ke Atas

kembali