Kemaskini Sistem Pengurusan Tanah Perseketuan dan Pembahagian Pusaka
13 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2024 telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Kemaskini Sistem Pengurusan Tanah Perseketuan Dan Pembahagian Pusaka” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.
Staf NADI membantu peserta untuk mengemaskini maklumat waris kepada penama yang telah meninggal dunia, geran tanah dan maklumat harta boleh alih ke dalam sistem Pengurusan Tanah Perseketuan Dan Pembahagian Pusaka (Myland). Sistem Myland memerlukan maklumat lengkap dan dokumen lengkap yang telah dimuat naik sebelum membuat penghantaran secara atas talian.