LMS ESPORT UNTUK PESERTA MOBILE LEGEND

2 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Ogos 2025, telah diadakan LMS eSport bagi sesi pembelajaran Kelas Kesedaran NADI e-Sukan bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.

Antara tujuan pembelajaran eSport adalah untuk Pembangunan kemahiran teknikal termasuk kemahiran komputer dan teknologi, meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pemain atau peserta, membuka peluang kerjaya, pembelajaran formal dan bersistematik, pembangunan jati diri dan disiplin serta pengiktirafan dan pensijilan. Penyertaan peserta Mobile Legend dalam eSport bagi memberi manfaat kepada peserta agar dapat memahami dunia eSport dan mendisplinkan diri serta meningkatkan kemahiran dalam apa jua pertandingan eSport pada masa akan datang.

Kembali Ke Atas

kembali