PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PASOH 3
15 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2025, telah diadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 bertempat di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3. Program ini berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang.
Kempen ini merupakan inisiatif MCMC bertujuan memberi pendidikan awal kepada murid sekolah rendah keselamatan di alam maya. Fokus utama program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang had umur penggunaan media sosial, yang hanya dibenarkan kepada individu berumur 13 tahun ke atas. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah secara berkumpulan yang melibat murid tahap 1 berumur 7 tahun hingga 9 tahun. Terdapat 3 pembelajaran iaitu Pelajaran 1 Internet Seperti TV, Pelajaran 2 Hak dan Tanggungjawab, Pelajaran 3 Musang, Ibu Ayam dan Anak-Anaknya serta rumusan aktiviti. Selain itu, sesi penyampaian hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik dan turut menyampaikan anugerah Ikon K-Dat Guru dan Ikon K-Dat Murid.
NADI mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 atas jalinan kerjasama serta komitmen sekolah dalam menjayakan program Kempen Internet Selamat ini.