KELAS MAHIR MASAK DAN MAHIR BAIKI GADGET
9 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 April 2025, telah diadakan Kelas Mahir bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Pembelajaran mahir Masak dan mahir gadget berlangsung selama 2 jam dan merupakan gabungan 2 kelas. Mahir masak merupakan kelas kedua terakhir untuk sesi satu. Pembelajaran adalah secara atas talian dan melibatkan komunikasi 2 hala antara peserta dan tenaga pengajar. Kelas ini dijalankan secara atas talian dan peserta boleh merujuk modul dalam sistem MTS.