WEBINAR CYBERSECURITY FOR WOMEN
19 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2025, telah diadakan “Webinar Cybersecurity for Women” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Sesi webinar ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang ancaman keselamatan siber kepada golongan wanita. Di samping itu, webinar ini memberi pendedahan kepada golongan wanita supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keselamatan siber dan cara untuk mengatasi jenayah siber sekiranya berlaku pada diri sendiri.