PERTANDINGAN ESUKAN MOBILE LEGENDS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SESI 2
27 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2025, telah diadakan Pertandingan eSukan Mobile Legends Peringkat Negeri Sembilan sesi 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Pertandingan ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pertandingan eSport Mobile Legends Peringkat Negeri Sembilan ini melibatkan peserta dari seluruh NADI Negeri Sembilan. Sebelum menyertai pertandingan tersebut, para peserta perlu menyertai kelas kesedaran eSport melalui sistem LMS. Kumpulan Boy Family telah mewakili NADI Felda Pasoh 2 dan perlawanan tersebut dijalankan secara atas talian. Walaupun tidak berjaya keperingkat yang seterusnya NADI Felda Pasoh 2 megucapkan tahniah dan syabas kepada kumpulan Boy Family kerana telah mencuba sehabis baik dan mempunyai semangat serta kerjasama yang baik antara ahli kumpulan.