Webinar Cybersecurity “Laluan Pembelajaran untuk Kerjaya dalam Cybersecurity”
8 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 Februari 2024, telah diadakan Webinar Cybersecurity bertajuk “Laluan Pembelajaran Untuk Kerjaya Dalam Cybersecurity” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Sesi webinar ini adalah bertujuan memberi kesedaran siber kepada pelajar sekolah menengah. Peserta telah diberi pendedahan mengenai keselamatan di internet, cara untuk memastikan website yang dilayari selamat atau sebaliknya, mengenai link yang selamat untuk diklik dan keselamatan di alam siber. Terdapat sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah di penghujung webinar bagi menguji kefahaman peserta tehadap topik tersebut.