OPEN LIVE CLASS DILEA BAHASA MELAYU

4 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Julai 2025, telah diadakan Dilea Open Live Class untuk subjek Bahasa Melayu bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Tuisyen Dilea ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar dan ulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu juga, peserta diberi bahan dokumen pembelajaran dan terdapat sesi soal jawab bersama guru serta tips pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali