NADI MAHIR PERTANDINGAN COOKING STAR (MAHIR)

16 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2025, telah diadakan Pertandingan Cooking Star Mahir Masak bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pertandingan Cooking Star ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Peserta Mahir Masak wakil NADI Felda Pasoh 2 ialah Puan Noratiqah binti Muhamad telah terpilih untuk pertandingan Cooking Star secara atas talian. Tema masakan adalah menu Burger. Peserta perlu menghasilkan patty daging atau ayam sendiri dan masak di NADI. Selain daripada itu, peserta juga perlu menghias burger dan membuat minuman mocktail atau coffee. Terdapat juga sesi penilaian hidangan burger oleh Cikgu Mahir dan juri kepada semua peserta yang menyertai pertandingan, peserta perlu menerangkan menu burger dan minuman yang telah dihasilkan kepada juri pertandingan cooking star.

Kembali Ke Atas

kembali