PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN (F) PASOH 2

18 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2025, telah diadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 2 bertempat di Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 2. Program ini berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang.

Kempen ini merupakan inisiatif MCMC bertujuan memberi pendidikan awal kepada murid sekolah rendah keselamatan di alam maya. Fokus utama program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang had umur penggunaan media sosial, yang hanya dibenarkan kepada individu berumur 13 tahun ke atas. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah secara berkumpulan yang melibat murid tahap 2 berumur 10 hingga 12 tahun. Terdapat 5 pembelajaran iaitu Pelajaran 1 Stesen Literasi Digital, Pelajaran 2 Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial, Pelajaran 3 Stesen Bahaya Media Sosial 1, Pelajaran 4 Stesen Bahaya Media Sosial 2 dan Pelajaran 5 Alternatif Kepada Media Sosial. Fasililator akan berada disetiap stesen pembelajaran dan murid-murid akan bergerak dari stesen lain ke stesen yang lain bagi menghabiskan 5 pembelajaran tersebut. Disamping itu, MCMC turut menyampaikan anugerah Ikon K-Dat Guru kepada Encik Muhammad Nasir Bin Abdul Raoh, Guru ICT Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 2 dan Ikon K-Dat Murid iaitu Muhammad Aqil Hazren Bin Mohd Jeffrey, pengawas Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 2. Terdapat juga penyampaian hadiah kepada kumpulan yang terbaik dalam aktiviti berkumpulan oleh NADI.

MCMC Negeri Sembilan dan NADI mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 2 atas jalinan kerjasama serta komitmen sekolah dalam menjayakan program Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 2.

Kembali Ke Atas

kembali