PROGRAM REACH JOM SARING DI NADI
20 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2025, telah diadakan Program Reach Jom Saring di NADI bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Program ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.
Program Reach Jom Saring ini merupakan program NADI X Kesejahteraan Kendiri untuk komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah saringan kesihatan secara percuma. Peserta dapat mengetahui kandungan gula dalam darah, kolestrol, tekanan darah dan BMI. Selain itu, peserta juga akan diberi peluang untuk konsaltasi bersama doctor untuk menambah baik kesihatan. Di samping itu juga, 30 peserta terawal akan menerima goodies NADI. Terima kasih kepada mrichealthcare dalam menjayakan program Reach jom saring di NADI Felda Pasoh 2.