LMS ESPORT PENYERTAAN TERBUKA MENGENAI KESEDARAN ESPORT

21 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2025, telah diadakan LMS eSport bagi sesi pembelajaran Kelas Kesedaran NADI e-Sukan bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.

Antara tujuan pembelajaran eSport adalah untuk Pembangunan kemahiran teknikal termasuk kemahiran komputer dan teknologi, meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pemain atau peserta, membuka peluang kerjaya, pembelajaran formal dan bersistematik, pembangunan jati diri dan disiplin serta pengiktirafan dan pensijilan. Penyertaan kelas ini adalah secara terbuka dan peserta perlu log masuk ke dalam sistem, menonton video pembelajaran dan membuat pengesahan kehadiran.

Kembali Ke Atas

kembali