PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) (F) SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ULU
24 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2025, telah diadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) Sekolah Kebangsaan Serting Ulu bertempat di Sekolah Kebangsaan Serting Ulu. Program ini berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang.
Kempen ini merupakan inisiatif MCMC bertujuan mengenal pasti kandungan selamat/ tidak selamat dari TV atau Internet, mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan senario berisiko dan memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna Internet. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah secara berkumpulan yang melibat murid tahap 1 berumur 7 tahun hingga 9 tahun. Terdapat 3 pembelajaran iaitu Pelajaran 1 Internet Seperti TV, Pelajaran 2 Hak dan Tanggungjawab, Pelajaran 3 Musang, Ibu Ayam dan Anak-Anaknya serta rumusan aktiviti. MCMC turut menyampaikan anugerah Ikon K-Dat Guru dan Ikon K-Dat Murid. Selain itu, sesi penyampaian hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.
MCMC Negeri Sembilan dan NADI mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Sekolah Kebangsaan Serting Ulu atas jalinan kerjasama serta komitmen sekolah dalam menjayakan program Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Serting Ulu.