WEBINAR CYBERSECURITY “KESELAMATAN AKAUN MEDIA SOSIAL”
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2025, telah diadakan Webinar Cybersecurity bertajuk “Keselamatan Akaun Media Sosial” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Webinar ini terbuka kepada semua peringkat umur. Tujuan webinar ini adalah memberi pendedahan penting kepada peserta tentang ancaman siber yang berkaitan dengan penggunaan media sosial seperti pencerobohan akaun, penipuan identiti, dan serangan phishing. Melalui sesi ini, peserta dapat mempelajari langkah-langkah perlindungan yang praktikal seperti penggunaan kata laluan yang kuat, pengesahan dua faktor (2FA), serta tetapan privasi yang betul. Disamping itu, dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga reputasi digital dan mematuhi undang-undang serta etika penggunaan media sosial. Selain itu, peserta akan lebih berwaspada dengan dunia digital dan dapat melatih diri menjadi orang yang lebih bertanggunjawab terhadap akaun atas talian masing-masing.