KELAS MAHIR BAIKI GADGET
26 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2025, telah diadakan Kelas Mahir Baiki Gadget bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kelas bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Ini merupakan minggu pertama intake 2 untuk peserta Mahir. Peserta perlu log masuk ke dalam sistem MTS dan klik pada Course Mahir masing-masing. Pembelajaran minggu pertama adalah sesi pengenalan kepada sistem MTS, tugasan mahir dan kehadiran kelas. Pada akhir sesi pembelajaran peserta perlu membuat pengesahan kehadiran dalam sistem MTS. Peserta juga boleh menonton rakaman kelas dalam sistem MTS tersebut.