PROGRAM SEKOLAH@MMU PERDANA NEGERI SEMBILAN 2025 DI DAERAH KUALA PILAH – REVOLUSI DIGITAL: PEMACU INOVASI WATAN

28 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2025, telah diadakan Program Sekolah@MMU Perdana Negeri Sembilan di Daerah Kuala Pilah bertempat di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah. Program ini berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

Program ini melibatkan 13 sekolah menengah sekitar daerah Kuala Pilah dan dijalankan serentak di 4 buah lokasi yang berbeza iaitu di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, SMA Sains Kuala Pilah, SMK Tunku Besar Burhanuddin dan SMK Tuanku Muhammad. Program Kempen Internet Selamat (KIS) Sekolah Menengah bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan keselamatan Internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna Internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan Internet. Tardapat 3 sesi pembelajaran antaranya Pelajaran 1 “Fakta Atau Auta” , Pelajaran 2 “Detektif Jejak Digital” dan Pelajaran 3 “Red Flag”. Aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan yang telah di kendalikan oleh MCMC bersama fasilitator NADI. Semoga dengan program ini pelajar dapat kemahiran berfikir secara kritikal dan empati dalam membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab ketika berinteraksi di Internet.

Kembali Ke Atas

kembali