KELAS MAHIR JAHIT
30 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2025, telah diadakan Kelas Mahir Jahit bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kelas bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Ini merupakan minggu kedua kelas Mahir bagi intake 2., Peserta perlu log masuk ke dalam sistem MTS dan klik pada Course Mahir masing-masing dan peserta perlu klik pada link kelas dan diakhir pembelajaran peserta perlu membuat pengesahan kehadiran dalam sistem MTS. Kelas Mahir Jahit kali ini peserta belajar cara-cara memasang benang pada mesin jahit dan cara menjahit menggunakan mesin. Peserta juga boleh menonton video dan muat turun nota pembelajaran dari sistem MTS.