KIS – ANCAMAN BERITA PALSU KEPADA MASYARAKAT
31 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 30 Julai 2025, telah diadakan webinar KIS bertajuk “Ancaman Berita Palsu Kepada Masyarakat” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Webinar ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah Menengah. Webinar ini bertujuan menerangkan perbezaan antara kemukakan pendapat dan berita palsu, jenis-jenis berita palsu yang terdapat di sosial media dan cara membezakan antara berita palsu, fitnah dan pendapat sendiri. Selain itu, webinar ini juga membolehkan peserta berfikir secara rasional dan tahu cara menentusahkan maklumat itu palsu atau benar.