Melindungi Perniagaan Anda “Asas Keselamatan Siber untuk Usahawan”
19 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2025, telah diadakan Webinar Cybersecurity bertajuk Melindungi Perniagaan Anda “Asas Keselamatan Siber Untuk Usahawan”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Sesi webinar ini adalah bertujuan memberi kesedaran siber kepada para usahawan untuk melindungi diri dan perniagaan. Usahawan belajar cara-cara menyemak resit bayaran, sijil SSM dan sebagainya. Selain daripada itu, ushawan juga belajar cara untuk memastikan resit bayaran, akaun perniagaan di social media itu palsu atau asli. Di samping usahawan mendapat kesedaran siber usahawan juga akan lebih berhati-hati dalam urusan jual beli dalam perniagaan atau perkhidmatan usahawan tersebut.