Program MCMC Microsoft AI Teach Negeri Sembilan
26 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 dan 26 Januari 2025, telah diadakan Program MCMC AI Teach Negeri Sembilan secara atas talian bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Program ini dijalankan selama 2 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Seramai 3 orang peserta dari NADI Felda Pasoh 2 menyertai program ini. Sesi pembelajaran melibatkan komunikasi 2 hala antara tenaga pengajar dan peserta. Selain itu juga, terdapat sesi teori dan praktikal yang mana peserta boleh meneroka Microsoft di komputer masing-masing. Peserta juga menerima sijil digital daripada pihak penganjur. NADI Felda Pasoh 2 ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang memberi komitmen selama 2 hari dalam program ini. Moga peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan dan selamat maju jaya!.