Program Khas Webinar : Smartstudy® Notemaster Pro (Sesi ke Empat)
26 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Januari 2025, telah diadakan Program Khas Nadi Nurture Dilea (Chapter 4- Aplikasi Gigamemori Smartstudy) oleh Osman Affan bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Program ini khas telah dijalankan secara atas talian untuk pelajar sekolah menengah. Pengisian untuk program khas ini adalah untuk membolehkan peserta Menguasai secara keseluruhan teknik menulis nota dan teknik menghafal SmartStudy Giga Memori. Selain daripada itu, Peserta dapat mengaplikasikan semua yang telah dipelajari selama 3 minggu ke dalam soalan dan latihan yang diberikan oleh penceramah. Di samping itu, peserta boleh mengatur rancangan bagaimana kesemua teknik ini boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian.