Melindungi Perniagaan Anda (Cara Menguruskan Akaun dan Transaksi Secara Selamat)
26 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Disember 2024, telah diadakan Webinar Cybersecurity bertajuk Cybersecurity Melindungi Perniagaan Anda (Cara Menguruskan Akaun Dan Transaksi Secara Selamat) bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Sesi webinar ini adalah bertujuan memberi kesedaran siber kepada para usahawan untuk melindungi akaun perniagaan. Para usahawan didedahkan dengan perlakuan jenayah siber yang sering berlaku dan tiada penghujung. Usahawan diberi pendedahan untuk mengelakkan diri daripada jenayah siber atau penipuan di internet. Usahawan diingatkan supaya melindungi akaun perniagaan dan sering membuat semakan sebelum melakukan sebarang tranksaksi.