LMS ESPORT PENYERTAAN TERBUKA MENGENAI KESEDARAN ESPORT
5 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04 Mac 2025, telah diadakan LMS eSport bagi sesi pembelajaran Kelas Kesedaran NADI e-Sukan Kesihatan dan Kesejahteraan dalam e-Sukan dan Nadi X Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Bawah Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport.
Penyertaan kelas ini adalah secara terbuka dan peserta perlu log masuk ke dalam sistem, menonton video pembelajaran, menjawab kuiz dan membuat pengesahan kehadiran. Untuk pembelajaran ini, peserta diberi sijil penyertaan setelah berjaya menamatkan sesi pembelajaran tersebut.