WEBINAR CYBERSECURITY KESELAMATAN SIBER DALAM ESPORT (LINDUNGI AKAUN DAN REPUTASI DIGITAL)

9 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Mac 2025, telah diadakan Webinar Cybersecurity bertajuk “Keselamatan Siber Dalam Esport (Lindungi Akaun Dan Reputasi Digital)” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Sesi webinar ini adalah bertujuan memberi kesedaran siber dalam esport. Peserta diberi penerangan mengenai penggunaan kata laluan yang kukuh, menguruskan akaun dan privasi dalam sosial media/aplikasi permainan dengan lebih teliti,perlindungan reputasi digital yang mana peserta perlu mengawal tingkah laku dan menghormati pemain lain serta tips untuk melindungi akaun dan reputasi digital.

Kembali Ke Atas

kembali