TINY TECHIES (BENGKEL PHYTON)
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2025, telah diadakan Bengkel Tiny Techies -Phyton bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kelas ini dijalankan secara atas talian bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Dalam pembelajaran kali ini, peserta telah diperkenalkan dengan Python yang merupakan salah satu inisiatif atau program pembelajaran yang direka untuk mengenalkan kanak-kanak dan remaja kepada dunia pengaturcaraan komputer. Dalam proses pembelajaran ini, peserta akan diajar oleh coach dan dalam masa yang sama peserta perlu belajar melalui website FS4A dan menghabiskan pembelajaran tersebut. Peserta yang berjaya menamatkan semua pembelajaran phyton akan diberikan sijil penyertaan.