PROGRAM KHAS DILEA BERKALA BAHASA INGGERIS SESI 1
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025, telah diadakan Program Khas DiLea Berkala Bahasa Inggeris Sesi 1 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Program khas ini telah dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan tingkatan 5. Tujuan Program Khas berkala Bahasa Inggeris ini bertujuan Membantu peserta menguasai kemahiran bertutur dan menulis dengan lebih yakin dan lancer. Di samping itu, memberi bimbingan dan pengetahuan mengenai Bahasa Inggeris kepada pelajar dan membolehkan pelajar dapat belajar tuisyen secara percuma di NADI.