WEBINAR SAFE & SHEILD (JANGAN TERPEDAYA! CYBERGROOMING ITU NYATA)
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025, telah diadakan Webinar Safe and Shield bertajuk “Jangan Terpedaya! Cybergrooming Itu Nyata” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Penyertaan webinar ini ada terbuka kepada semua. Sesi webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan remaja dan ibu bapa, tentang bahaya cybergrooming apabila pemangsa dalam talian cuba memanipulasi atau memperdayakan mangsa melalui medium digital. Selain itu, webinar ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada para peserta tentang bahaya cybergrooming dan memberitahu peserta mengenai maklumat yang diperlukan untuk mengenali serta mencegah cybergrooming.