WEBINAR CYBERSECURITY (ANCAMAN SIBER DALAM E-SPORT)
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025, telah diadakan Webinar Cybersecurity bertajuk “Ancaman Siber Dalam eSport” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang.
Sesi webinar ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang ancaman keselamatan siber yang berisiko dihadapi oleh industri e-sport. Seiring dengan populariti e-sport yang semakin meningkat, ancaman siber boleh memberi impak yang besar kepada pemain, pengurus, serta organisasi yang terlibat. Peserta diberi penerangan mengenai jenis-Jenis Ancaman Siber dalam e-Sport dan langkah-langkah Pencegahan dan Perlindungan ancaman siber dalam e-Sport.