BAZAR RAYA NADI FELDA PASOH 2

23 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2025, telah berlangsung Bazar Raya NADI bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Bazar Raya ini berlangsung bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.

Program Bazar Raya NADI ini dijalankan secara serentak di seluruh NADI Malaysia. Program ini melibatkan para usahawan dalam komuniti untuk berniaga dan mempromosikan produk jualan mereka kepada orang ramai. Pelbagai jualan daripada para usahawan antaranya kuih Raya balang, kerepek, muruku, minyak wangi, tudung dan barang-barang prelove. Selain daripada itu, Terdapat juga sesi Webinar Kidventure bagi kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun untuk pendedahan kepada dunia usahawan. Di samping itu, terdapat juga pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung. Terima kasih kepada para usahawan yang menjayakan program bazar Raya NADI dan terima kasih kepada para pengunjung yang memeriahkan bazar Raya NADI 2025 di NADI Felda Pasoh 2.

Kembali Ke Atas

kembali