MAHIR SHORT LEARNING SERIES (PIE QUICHE)
26 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mac 2025, telah diadakan Mahir Short Learning Series “cara Pembuatan Pie Quiche” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung pada jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi secara live di youtube Channel.
Kelas masakan kali ini adalah terbuka kepada semua dan peserta mahir masak wajib menyertai kelas ini. Dalam sesi pembelajaran masakan ini, Cikgu Mahir menunjukkan cara pembuatan Pie Quiche dan menerangkan penggunaan peralatan dan bahan-bahan bagi menghasilkan Pie Quiche. Peserta juga boleh bertanyakan soalan yang berkaitan dengan bahan-bahan dan cara-cara pembuatan Pie Quiche sambil menonton cikgu menghasilkan Pie Quiche tersebut.