DILEA OPEN TUITION SUBJEK MATEMATIK
7 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 Oktober 2025, telah diadakan Dilea Open Tuition untuk subjek matematik bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.
Tuisyen Dilea ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 5. Dalam sesi ini, pelajar akan menonton rakaman video pembelajaran matematik berkaitan bab-bab mengikut silibus pembelajaran di sekolah. Pelajar juga boleh mencatat nota penting semasa menonton video tersebut.