WEBINAR CYBERSECURITY “ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM CARD CLONNING AND TRACKER GADGET SLOT 2”

25 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2025, telah diadakan Webinar Cybersecurity bertajuk “Ancaman Siber Di Tempat Awam Card Clonning and Tracker Gadget slot 2” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Webinar ini menerangkan mengenai Card cloning kegiatan meniru data kad (magnetic stripe atau NFC) menggunakan alat skimmer yang dipasang pada ATM, terminal POS, atau pencuri yang menggunakan pembaca NFC/ RFID untuk menyalin maklumat kad tanpa pengetahuan pemilik. Manakala Tracker gadgets merupakan peranti kecil (Bluetooth, GPS atau RF) yang disorok pada kenderaan, bag, atau barang peribadi untuk mengesan pergerakan sasaran. Selain itu, tracker gadget juga boleh digunakan untuk stalking, kecurian berencana, atau pemantauan tanpa kebenaran. Di Samping itu, peserta juga beritahu mengenai perkara yang perlu diperhatikan semasa mengunakan card ATM dan alert dengan persekitaran yang mempunyai perubahan secara tiba-tiba sebagai langkah keselamatan. Selain itu, penerangan mengenai langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Kembali Ke Atas

kembali